Jumat, 01 Januari 2010

Tahun ICT Ediramle Ismail

PERANCANGAN TAHUNAN  ICT  PERINGKAT  DIRI  SENDIRI  EDIRAMLE  ISMAIL TAHUN 2010

 

Tulisan ini bukanlah  sebuah kertas kerja , tetapi sebuah catatan  perancangan peribadi  ICT saya  untuk tahun 2010.

Selamat  tahun baru  2010 diucapkan kepada semua rakan-rakan di groups Yahoogroups  atau yang membaca  catatan ini sama ada yang mengenali saya secara langsung atau mengenali  hanya  melalui ruang maya di internet atau yang hanya baru pertama kali menemui saya melalui catatan ini.

 

Sempena tahun 2010 saya berazam untuk  meningkatkan diri dalam beberapa perkara disebabkan  kini usia saya sudah melangkaui 50 tahun dan kesempatan yang ada  rasanya telah menjadi semakin singkat.

Memandangkan saya sebelum ini tidak banyak menyumbang kepada masyarakat, tahun ini saya merancang untuk jadikan Tahun 2010 sebagai Tahun ICT  untuk peringkat diri sendiri bertujuan mengongsi apa yang diketahui sepanjang  menjalani kembara di alam siber yang bermula sejak 1998 yang lalu hingga sekarang.

 

Sempena Tahun ICT peringkat diri peribadi ini,  beberapa perancangan telah  dan akan disusun  bagi dimanfaatkan semua. Bagi melaksanakan perancangan ini sudah pasti  ianya bakal  sangat meletihkan, bukan sekadar  letih fizikal malahan juga pemikiran . Tapi demi untuk sesuatu yang mungkinnya bakal dimanfaatkan , cabaran itu harus diredah dengan semangat yang kental dan minat yang  sangat mendalam.

 

Perancangan yang disusun sempena Tahun ICT Peringkat diri peribadi tahun 2010 antara lainnya adalah seperti berikut:

1.       Merangsang  masyarakat (bukan sahaja masyarakat setempat)  ke arah kemahiran asas ICT dengan menganjurkan Kursus ICT Percuma di Anjung ICT Kok Pasir , Tumpat , Kelantan

1.1  Kursus  Bina blog (blogspot)
1.2. Kursus Bina blog (wordpress)
1.3. Kursus mendaftar dan mengendali Facebook dan laman jaringan sosial lain.
1.4. Kursus membangun dan mengendali Radio internet.
1.5. Kursus membina dan mengendali e-mel
1.6. Kursus membangun dan mengendali egroups di yahoogroups.com
1.7. Kursus membina web album
1.8. Kursus Program Auto Post.
1.9. Kursus menggunakan perisian FTP
1.10.Kursus Bina laman web
1.11.Membantu mendaftar domain dan hosting.
1.12.Kursus cara mendaftar web hosting percuma

1.13 Kursus Youtube

1.14 Kursus Outlook Express

1.15 Kursus Xanga , Multiply, skrin capture, video converter  dan sebagainya.

1.16  Lain-lain kursus asas mengendalikan perisian di internet .               

Masa : setiap Jumaat atau Sabtu , petang atau pagi.  Peserta boleh saja seorang hingga tiga orang sekali kursus. Bawa laptop sendiri, akses ke internet disediakan. Bayaran :  Percuma.

Makan dan minum tidak disediakan. Tapi kalau disediakan oleh keluarga ianya percuma juga.

 

2.       Kursus Komputer  terbuka kepada kanak-kanak di bawah 12 tahun sahaja.

        2.1   Kursus Microsoft Word

2.2     Kursus Microsoft Powerpoint

 

        Di Anjung   ICT tidak menyediakan kursus-kursus komputer yang lain seperti Adobe Photoshop, Excel dan sebagainya kecuali ada yang ingin membantu dengan sukarela sepenuhnya.

 

3.       Radio internet

3.1   Mengendali Radio Web   Puisi Pesisir   (Bersama rakan-rakan di persatuan Penulis Tumpat - Pesisir)  - Radio yang memuatkan bacaan sajak, menyiarkan aktiviti-aktiviti penulisan terutamanya di Pesisir dan di Kelantan.    Radio Sastera No 1

http://www.pesisir.net

3.2   Mengendali Radio Web Tumpat ( Semoga mendapat sokongan daripada warga Tumpat) –radio web ini memuatkan info-info mengenai Daerah Tumpat dan aktiviti-aktiviti yang di adakan di daerah ini.  http://radiotumpat.blogspot.com   - Tema dari Tumpat untuk semua.

3.3   Mengendali Radio Web ICT Kelantan -  diisi dengan panduan-panduan ict dan rakaman kursus-kursus ICT , juga info berkenaan ICT . http://radioict.blogspot.com/   -  Dari telinga ke hujung jari.

 

3.4  Mengendali Radio Web Kok Pasir – Siaran yang hampir sama dengan Radio Web Tumpat.

http://www.kokpasir.com   - Suara dari Kok Pasir

 

4.       Mengendali Egroup

4.1   Mengendali  kurang lebih 300 egroups di yahoogroups.

4.2   Mengendali kurang lebih 10 egroups di Googlegroups.

4.3   Mengendali  beberapa group di Facebook.

 

Dalam proses pengendalian ini , antara peranan yang boleh dimainkan adalah :

4.3.1 .  Mengurangkan pengiriman e-mel skim cepat kaya dan e-mel iklan yang tidak berkaitan (SPAM)   dengan memban semua e-mel yang mengirimkan iklan yang tidak dibenarkan dan pengiriman e-mel yang berunsur fitnah.

4.3.1.   Mengaktifkan perbincangan di egroups.

4.3.2    Berusaha menambah jumlah keahlian dan meningkatkan mutu perbincangan sesuai dengan matlamat egroup tertentu.

4.3.3    Jadikan egroup dan blog sebagai saluran utama untuk mengongsi pengalaman tentang ICT dan lain-lain kemahiran yang ada kerana ianya mudah dikendalikan.

4.3.4    Mewujudkan suasana persahabatan yang lebih erat dalam kalangan ahli egroups.

 

 

      5.     Laman Web , Blog dan laman jaringan sosial.

              5.1    Membina  laman web  dan mengemaskini dari masa ke semasa sesuai dengan matlamatnya.

              5.2    Mengemaskini dan menambah bilangan blog yang sedia ada.

              5.3    Memanfaatkan laman-laman jaringan social seperti Facebook , My Space, ning.com dan sebagainya yang telah dan akan didaftar.

              5.4   Mewujudkan laman blog, laman web dan laman jaringan social , egroups, e-mel  perseorangan yang terbanyak dalam kalangan warga Malaysia.

             5.5    Mengongsi foto-foto yang dirakam dari masa ke semasa di laman web atau di blog.

-          Sehingga kini telah banyak laman web dan blog yang tidak dikemaskini  sebagaimana sepatutnya.  Untuk mengemaskini semua blog itu perlu gunakan kaedah auto post.

 

6.           Mewujudkan Perpustakaan ICT

6.1      Perpustakaan ICT dimuatkan buku-buku , bahan-bahan bercetak , CD dan sebagainya yang ditempatkan sama ada di Balai ICT atau Anjung ICT.

 

7.       Kursus ICT Dalam Talian

7.1      Adakan kursus ICT secara dalam talian berserta  panduan audio, paparan skrin dan video bagi memudahkan diikuti secara tersusun dan jelas.

7.2      Panduan dalam bentuk paparan skrin berserta video dan audio yang dimuatkan ke Cd atau DVD.

7.3      Kursus dalam talian menggunakan web radio terutamanya di web radio ICT Kelantan

 

8.        Perjumpaan ICT

8.1      perjumpaan ICT akan diadakan dari masa ke semasa bagi membincangkan topic terhala yang ditetapkan sesuai dengan keadaan semasa.

8.2      Perjumpaan ICT  berskala kecil diadakan sama ada di Balai ICT atau di tempat yang tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak. Cukup dengan jamuan Teh o  dan goreng pisang sahaja.

 

9.       Kursus ICT

9.1      Menganjurkan dengan kerjasama pihak tertentu kursus Komputer  dan ICT  yang boleh disertai  antara 10 ke 15 orang setiap sesi.

9.2      Kursus Adobe Photoshop

9.3      Kursus Joomla

9.4      Kursus fotografi

9.5      Kursus bina laman blog

9.6      Kursus youtube

9.7      Kursus Web radio

9.8      Kursus bina laman e-dagang

9.9      Kursus flash

9.10  Kursus-kursus lain yang berkaitan.

 

10.   Penubuhan Balai ICT Daerah

10.1  Penubuhan Balai ICT sepertimana yang dicetuskan oleh  Dato Tahir Ramly dalam perjumpaan ICT di MID Kok Pasir pada 11 Disember 2009 – Balai ICT dicadangkan diwujudkan di bekas Pusat ICT Kok Pasir /Pusat Sumber maklumat desa Kok Pasir yang pernah wujud sebelum ini.

Pengisian Balai ICT antara lainnya sebagai tempat pertemuan dalam kalangan warga ICT , tempat mengakses maklumat, tempat rujukan dan segala hal yang berkaitan dengan ICT dengan hasrat mendekatkan masyarakat seluruhnya kepada ICT.

 

11.    Perancangan lain

1.       Wujudkan video dan laman e-deklamasi

2.       Membantu  organisasi tempat kerja dalam hal-hal yang berkaitan dengan ICT.

3.       Mewujudkan laman web terbanyak, blog terbanyak , laman jaringan sosial yang terbanyak, egroups yang terbanyak,  e-mel terbanyak  untuk  rekod diri sendiri.

 

 

Dengan perancangan yang dibuat ini bermakna saya perlu tumpukan perhatian sepenuhnya bagi menjayakan Tahun ICT peringkat diri sendiri ini. Oleh yang demikian saya perlu mengorbankan sebahagian aktiviti lain seperti aktif dalam aktiviti  secara badan sukarela  dan sebagainya.

Kepada rakan-rakan penulis terutamanya saya memohon maaf kerana menghadkan aktiviti tahun ini , begitu juga dengan rakan-rakan sekampung . Ini adalah sebuah perjuangan dan setiap perjuangan pasti memerlukan pengorbanan.

Saya bercadang tahun 2011 akan datang akan menumpukan kepada dunia  penulisan  yang merupakan bidang yang digemari sejak lebih 30 tahun yang lalu.

 

Dengan terkirimkan catatan ini bermakna telah bermula Tahun ICT peringkat diri sendiri 2010 dari saya untuk semua.

 

Semoga  memanfaatkan.

 

Ediramle Ismail,

Anjung  ICT Kok Pasir, Tumpat, Kelantan

1 Januari 2010.

 

http://www.google.com/profiles/ediramle

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Posted via email from Ediramle Ismail

Tidak ada komentar: